DAN Samion pun mengungkapkan, dari mulut beberapa orang-orang
penduduk kampung berdekatan, dia memperolehi sumber yang mengatakan rumah batu lama itu, asalnya milik orang
China yang pada zaman penjajah (Belanda) dianggap oleh beberapa pihak sebagai
tokoh perniagaan yang terkaya di Asia Tenggara pada masa itu.
Memiliki ladang getah, cengkih, pala di samping menjalankan perniagaan gula secara besar-besaran. Sering berulang-alik
ke Singapura, Pulau Pinang dan Hong Kong demi urusan pemiagaannya. Saudagar
China ttu mula berdepan dengan zaman gelapnya, bila dua orang anak lelakinya
yang diharapkan membesarkan perniagaan ditangkap Belanda.
"Kedua-dua anak saudagar itu dituduh membantu
perjuangan penduduk tempatan menentang Belanda. Kedua-duanya ditembak mati, tak
cukup dengan itu, isterinya pula diserang demam malaria dan terus mati,"
kata Samion dengan wajah yang sedih.
Kerana
saudagar China itu berkawan baik dengan keluarga Mia, segala harta tanah, rumah
dijualkan kepada keluarga Mia. Dan si Cina kaya yang malang itu berhijrah ke
Pulau Pinang dan meninggal dunia di pulau tersebut. Cara Samion menyampaikan
cerita, sungguh menarik membuat kami tidak bosan mendengarnya.
"Panjang juga sejarahnya rumah
itu," kata saya,
Samion tersenyum.
"Ada tak cerita lain yang
pelik-pelik," susul Andi Kamarool.
"Kamu berdua cari sendirilah, khabamya kamu nak
bermalam di rumah ni",
"Betul pak cik tapi, sebelum tu kami nak tahu hal-hal
yang ganjil," tingkah saya.
Samion telan air liur. Termenung panjang, macam ada sesuatu
yang difikirkan.
"Kamu berdua pergi tanya mandur, dia pernah bermalam
di anjung rumah itu. Dia nak jumpa pengawal rumah, nak minta harta. Dia nak
jadi kaya. Pergi tanya dia apa yang terjadi," Samion mengakhiri kata-kata
dengan ketawa terkikih.
Tindak-tanduknya membuat kami tidak sabar untuk mengetahui
cerita selanjutnya.
"Ceritakanlah pak cik,"
desak saya.
"Tanya mandur," jawabnya.
Samion segera bangun dan meninggalkan kami.
MENGEJUT
KEPUTUSAN mengejut dari Samion membuat saya dan Andi
Kamarool termangu-mangu. Wajarkah Samion diburu dan memaksa dia bercerita
tentang apa saja peristiwa ganjil yang dialaminya semasa mejadi 'jaga' rumah
batu itu?
Perlukah mencari mandur serta memaksa dia meluahkan
pengalamannya untuk renungan kami? Atau melupakan saja tentang Samion dan
mandur. Semuanya berlegar-legar dalam benak saya.
"Kita memerlukan keterangan dari orang lain untuk
panduan, kita tak boleh melulu buat kerja ni. Kalau ada datuk kamu dan Haji
Basilam lainlah, ada tempat mengadu dan minta tolong," Andi Kamarool
meluahkan keraguannya. Wajahnya nampak gusar. Saya merenung rerumput di halaman
yang luas saujana mata memandang. Embun di hujung rumput sudah hilang, kicau
burung juga beransur kurang.
"Kalau begitu Andi, kita cari mandur",
Andi Kamarool tidak membantah dengan cadangan yang saya
kemukakan.
Di tengah-tengah sinar matahari yang beransur keras
menyenggat itu, kami pun mengesan dan temui mandur sedang bersandar di pangkal
pokok angsana merehatkan tubuh dan fikiran sambit menghisap paip bengkok.
"Ada apa yang boleh saya tolong," tegur mandur
ramah sekali. Tanpa banyak cakap kami terus duduk alas batang buruk berdepan
dengannya. Kami tatap wajahnya yang masih ada kesan peluh,
"Dengar cerita kamu nak tidur
di anjung rumah Mia".
"Mana mandur tahu?" Tanya
saya.
"Si Harisun pembantu rumah Mia yang cakap pada aku
secara sulit, kalau Mia tahu perkara ni lepas keluar, si Harisun tentu
dihalaunya dari rumah. Diberhentikan kerja".
Andi Kamarool tidak memberi apa-apa komen tetapi, saya
kesal dengan Mia dan rasa marah terus meluap terhadapnya. Kenapa perkara itu
mesti diceritakan kepada Kak Sun. Dan mulut luas Kak Sun sudah mengkhabarkan
perkara itu kepada mandur. Memang orang perempuan jahat mulut. Tidak pandai
simpan rahsia, Suka sampai menyampai, keluh hati kecil saya.
Sesungguhnya apa yang saya kira rahsia, sebenarnya sudah
tidak menjadi rahsia lagi. Entah berapa ramai manusia di sekeliling Mia yang
mengetahui tujuan dan cita-cita kami menginap di sini.
"Bagus kamu berdua cubalah dan
rasalah sendiri".
Saya tersintak dari lamunan. Batang hidung mandur saya
renung. Sepintas lalu, kata-kata yang diluahkan oleh mandur itu mengandungi
unsur-unsur menyindir, Boleh melemahkan semangat, kalau di terima secara
negetif, kalau diterima secara positif, kata-kata itu adalah cabaran yang mesti
dihasut.
"Mandur pemah tidur di anjung
rumah tu?" Tanya Andi Kamarool.
Mandur gelengkan kepala.
"Samion kata, mandur pernah pergi ke situ waktu
malam?" Saya menyoal.
Mandur anggukkan kepala.
"Apa yang mandur dapat?"
Susul Andi Kamarool.
Mandur terdiam sejenak, dua tiga kali kelopak matanya
dipejam celikkan. Sepasang kakinya dilunjurkan.
"Aku mencuba, bila anak buah aku bercakap secara sulit
yang mereka selalu melihat perkara aneh di halaman rumah tu. Terutama
anak buah aku yang datang awal pagi," mandur terns menghidupkan api
paipnya yang mati.
Setelah dua kali menyedut dan meluahkan asap paip, mandur
tidak menyambung ceritanya. Dia merenung kosong ke tengah padang (halaman).
"Apa yang anak buah mandur nampak waktu subuh
tu?" Saya cuba menghidupkan percakapan yang terbantut. Mandur cabut paip
dari mulut, kepala paip diketuk dua tiga kali pada akar angsana hingga sisi
tembakau di dalamnya berhamburan keluar.
"Si Manan, tukang kebun. Dia tu orang Tanjung Balai,
sebelum subuh dia sudah sampai ke sini. Kadang-kadang dia sembahyang subuh di
kaki lima rumah, kadang-kadang di bawah pokok cempaka besar. Suatu hart selepas
sembahyang subuh, dia terpandang seorang wanita jelita, berkulit putih bersih.
Mungkin wanita Cina mengutip bunga-bunga tanjung yang gugur. Bila Manan mahu
menegur perempuan itu terus ghaib".
Saya urut dada, senang rasa hati
kerana mandur masih mahu bercerita.
"Pengalaman mandur macam mana pula?" Saya terus
mencungkil rahsia.
Mandur tersenyum, jejarinya terus menyumbat tembakau ke
dalam lubang paip.
Dua kali sedut, dua kali meluahkan asap ternyata mandur
dapat menikmati kepuasan yang tidak terkata. Gerak gerinya kami ikuti penuh
teliti.
"Niat aku bukan apa-apa, aku cuma nak jumpa makhluk
ghaib kerana nak minta harta. Aku nak jadi kaya," ungkap mandur. Dia masih
juga tersenyum panjang.
"Mandur
dapat apa yang dihajati?" Serius sungguh Andi Kamarool mengajukan
pertanyaan. Senyum mandor masih belum putus.
"Kenapa mandur?" Rasa
ingin tahu saya tidak dapat kawal.
"Aku lari lintang pukang, rasa nak keluar semua isi
perut, kayu batu semuanya aku langgar. Akibat takut".
Cerita
yang diungkapkan si mandur membuat saya dan Andi Kamarool ketawa terbahak-bahak
hingga berair mata. Dan panas terik yang menggigit tubuh tidak terasa. Memang
lucu kisahnya. Mandur juga turul ketawa.
KERANA sudah terasa agak mesra, si mandur Batak berkulit
hitam, berbadan besar yang didakwa oleh Samion sebagai lelaki yang handal dalam
ilmu dunia itu pun bercerita.
Menuruttnya, ada dua sebab yang mendorong dia mengunjungi
rumah batu lama itu waktu tengah malam. Pertama, dia mahu memastikan sama ada
cerita orang di bawahnya itu betul atau tidak. Kedua, kalau cerita itu betul,
dia mahu menemui makhluk yang merayau-rayau di kawasan itu untuk meminta
sesuatu.
Dua perkara itulah yang menyebabkan mandur keluar dari
rumahnya (yang terletak kira-kira setengah batu dari rumah Mia) jam dua belas
malam. Masuk ke kawasan rumah tersebut, mandur tidak menghadapi sebarang rintangan
atau masalah. Dia terus mundar-mandir di kawasan halaman rumah.
Malam yang dingin memaksa mandur membalut tubuhnya dengan
kain tebal. Tidak memadai dengan itu, dia terus memeluk tuhuhnya. Kerana tidak
mahu kedatangannya dikesan oleh sesiapa (terutama Mia) mandur tidak menghisap
paip.
Ketika embun jantan mula turun, mandur tidak lagi bergerak
sebebas tadi. Dia lebih banyak duduk di bawah pohon cempaka, suasana terasa
amat sepi sekali. Bau harum dari bunga sedap malam terus menusuk lubang hidung.
Bagi menghindari rasa mengantuk, mandur minum kopi pahit yang sememang dibawa
dari rumahnya. Mandur beredar dari bawah pokok bunga tanjung. Dia mendekati
rumpun pokok bunga sedap malam.
Sudah satu jam masa berlalu, mandur tidak berhadapan dengan
perkara- perkara yang aneh seperti yang dialami oleh Samion, si Manan dan
beberapa orang lagi anak buahnya. Mandur mula mengesyaki apa yang didakwa itu
memang tidak wujud. Dirinya, dipermainkan oleh anak buahnya sendiri.
Secara
mendadak saja mandur panas hati. Dia memaki hamun orang yang menyampaikan
cerita ganjil kepadanya. Dia bercadang mahu menempelak tukang cerita pada
keesokkan hari. Puncak dari rasa marah itu, mandur terus mematahkan ranting
bunga sedap malam yang sedang menyebarkan bau harum sekitar rumah.
Ketika
mandur mencampakkan ranting yang dipatahkan itu ke dalam longkang besar di
kanannya, dia terasa macam ada sesuatu yang bergerak ke arahnya dari sebelah
kanan rumah batu lama. Semua pancaindera mandur tertumpu ke situ. Cara
kebetulan, bulan yang muncul dilarut malam, masih mampu menebarkan cahaya ke
sekitar kawasan rumah batu malam.
Mandur renung ke arah perdu pokok bunga tanjung. Dia
melihat susuk tubuh orang hitam, tinggi dan besar. Berdiri membelakanginya.
Kerana yakin, apa yang dilihat itu adalah penjaga rumah lama, mandur segera
mendekatinya. Sebaiknya saja didekati untuk dikenali, orang hitam itu terus
ghaib dari pandangannya.
Mandur yang keras hati dan bersemangat waja itu yakin orang
hitam itu akan menjelma lagi. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk
menantinya.
Kali ini dia menunggu di bawah pokok bunga cempaka besar.
Bunga cempaka yang mala, berjatuhan menimpa tubuh mandur. Semuanya itu, tidak
menggugat keyakinan mandur. Dia terus menanti,
Menjelang subuh, di saat kabus nipis bangkit dari permukaan
bumi, mandur terlihat tubuh tanpa kepala dan kaki, bergerak bersama kabus nipis
menuju ke arahnya. Mandur masih menanti tetapi, bila dia melihat tubuh tanpa
kepala dan kaki itu sekejap ada, sekejap tiada. Mandur hilang pertimbangan.
Keberanian dan semangat waja yang dimilikinya terus berkecai.
Mandur tidak sanggup menghadapinya, rancangan untuk
memiliki harta punah ranah dari hatinya. Mandur terus langkah seribu membelah
suasana subuh yang dingin menuju ke rumahnya.
"Seminggu aku tak kerja, terbaring di rumah siang
malam. Dah tu aku tak dapat tidur langsung. Pejam mata saja orang hitam tu
datang, aku terpaksa balik ke tanah Batak, ubat cara kampung baru aku boleh
lidur," mandur mengakhiri cerita lentang pengalaman yang dilaluinya.
"Dahsyatnya," runggut
saya.
"Tak
tahulah aku nak kata apa-apa, Tetapi, itulah yang aku rasakan," tambah
mandur. Anak matanya silih berganti menatap muka saya dan Andi Kamarool. Dia
bagaikan mahu membaca rahsia hati dari wajah kami. Dia mahu memastikan apakah
kami memang benar-benar mahu melakukannya atau sekadar cakap-cakap saja.buk
WAKTU
SEBAGAI orang Islam dan taat menjalankan sembahyang lima
waktu, tentu saja saya tidak dapat menerima cerita yang diungkapkan oleh si
mandur begitu saja. Sebagai orang muda, saya mahu mencari buktinya. Bukan
apa-apa sekadar mahu mencari kebenaran. Saya kira Andi Kamarool juga sependapat
dengan saya.
'Terima kasih mandur," Andi Kamarool bersuara. Telapak
tangan mandur Batak yang beragama Kristian itu digenggamnya erat-erat.
"Cerita mandur boleh dijadikan
panduan," kata saya,
"Aku juga fikir begitu, cuma
kamu berdua mesti ingat...."
"Ingat apa mandur?" Soal
saya.
"Jangan cakap besar, jangan cepat marah dan jangan
patah pokok bunga sesuka hati semasa kamu mencari benda ganjil".
"Kami tetap ingat pesan mandur
tu," muka mandur saya renung.
"Aku harap kamu berdua
berjaya".
'Terima kasih mandur" balas
kami.
Beberapa saat kemudian, kami pun meninggalkan mandur Batak
yang sedang bersenang-senang di bawah pokok. Dia terus menyedut hujung paip
bengkoknya. Bau asap dari paip mandur menguasai kawasan sekitar.
Kerana baru pukul sebelas pagi, rasanya tidak wajar pulang
ke rumah papan. Saya tidak tahu apa rencana Andi Kamarool selanjutnya. Saya
hanya mengikut saja langkahnya menuju ke rumah batu lama.
"Terlalu awal kita nak makan tengah hari, orang makan
tengah hari pukul satu," teguran saya membuat Andi Kamarool berhenti
melangkah.
"Aku juga fikir macam tu,
habis apa yang kita buat Tamar".
"Begini Andi, kita cara Kak
Sun".
"Untuk apa?".
"Dia mesti tahu banyak perkara yang orang lain tak
tahu, kita risik rahsia darinya".
Andi Kamarool termenung sebentar. Dia kedutkan bibir sambil
merenung ke langit. Melihat awan gemawan yang berarak ke selatan.
"Di mana kita nak cari dia
Tamar?".
"Kita cari Samion dulu, tanya dia waktu begini, Kak
Sun berada di mana".
"Aku setuju".
Kami pun .segera menemui Samion dalam ladang getah.
Kedatangan kami membuat buruh ladang itu termenung panjang dengan dahi yang
berkerut.
Setelah diceritakan tujuan sebenar kami
menemuinya, Samion menarik nafas lega. Orang tua yang tidak banyak karenah itu
menyuruh saya pergi ke bukit kecil, tidak jauh dari kawasan rumah batu lama.
Kata Samion waktu begini, biasanya Kak Sun berada di situ
melihat atau menaruh baja be bunga orkid yang ditempatkan di bangsal khas di
situ, Kami terus ke situ. Ternyata si buruh tua tidak berbohong. Kak Sun kami
temui sewaktu dia memotong bunga orkid.
"Buat apa bunga tu kak,"
tanya saya.
Wajah Kak Sun berubah. Dia renung kami atas bawah, rangkaian
bunga di tangan segera dimasukkan ke dalam raga rotan.
"Buat hiasan meja makan, bukankah tengah hari ni kamu
berdua makan di rumah Mia".
"lya, balas saya.
"Apa ha!nya kamu ke
mari".
Saya dan Andi Kamarool berpandangan. Angin yang turun dari
puncak bukit memberikan kesegaran. Beburung hutan terus berkicau, Walaupun hari
panas terik tetapi, bahangnya tidak terasa kerana di tempat kami berdiri
dikelilingi pepokok besar yang merimbun. Memberikan suasana redup dan tenaga.
"Kami ni nak minta kakak tolong kami," dengan
wajah yang bersahaja saya bayangkan hasrat hati.
'Tolong apa?" Sambut Kak Sun
dengan wajah kemas.
"Kak Sun dah lama bekerja di sini, tentu banyak
perkara yang kak tahu.
Terutama tentang kejadian pelik di kawasan rumah ni",
'Tak
ada perkara pelik di sini," Kak Sun cuba berdalih. Dia segera bergerak ke
kiri, memaut ranting orkid yang berbunga lebat. Ranting itu dipatah dengan
hati-hati, agar bunga tidak relai. Macam tadi juga, ranting orkid yang
berbunga lebat ditaruh dalam bakul.
BAYU
DALAM
hembusan keramahan bayu pinggir bukit, saya dan Andi Kamarool terus
rnengekorinya. Sudah tentu perbuatan sedemikian minimbulkan rasa kurang senang
pada Kak Sun. Tugasnya jadi terganggu tetapi, dia tiada daya
untuk menghindarinya. Buat beberapa ketika, tidak ada kata-kata yang terlontar
dari mulut kami. Ke mana saja Kak Sun bergerak, kami terus mengikutinya.
"Kak Sun marah dengan
kami?" Andi Kamarool cuba memancing.
'Tak marah, kenapa mesti
marah".
"Kak Sun diam semacam
aje," tingkah saya.
"Tak ada perkara yang nak dicakapkan, lagi pun yang
nak bertanya, kamu berdua, bukannya kak," dari kata dan nada suara
ternyata Kak Sun sudah pun memberi laluan. Saya dan Andi Kamarool segera
berpandangan. Andi Kamarool genyitkan mata, beri isyarat supaya saya kemukakan
pertanyaan.
"Begini Kak Sun, bukan apa-apa, sekadar nak tahu untuk
pengetahuan kami. Lagi pun Mia sendiri suruh tanya Kak Sun, Katanya, Kak Sun
banyak tahu hal-hal di sini," saya buka bicara dengan harapan apa yang
saya dan Andi Kamarool inginkan akan terlaksana.
"Betul ke Mia kata macam
tu?".
"Betul kak".
Terpamer perubahan di wajah Kak
Sun.
"Betulkah Mia, kata macam tu," ulang Kak Sun
dengan sepasang mata yang bersinar.
"Betul kak, kami tak
bohong," sahut saya dan Andi Kamarool serentak.
Dan saya lihat sengih Kak Sun makin melebar di bibir. Hati
kami senang sekali dengan perubahan diri Kak Sun.
Mungkin kerana penat berdiri atau mahu bercerita lebih
panjang dan selesa, Kak Sun mengajak kami ke bahagian belakang bangsal.
Di situ tersedia empat bangku batang getah yang tingginya
kira-kira satu kaki lebih menghadap meja panjang yang dibuat dan buluh untuk
kegunaan para pekerja meletakkan makanan (bekal). Kak Sun lerus duduk disalah
satu bangku tersebut.
"Duduklah, kenapa
berdiri," kata Kak Sun.
Kami
pun terus duduk. Pepohon besar yang menaungi kami memberikan rasa nyaman dan
selesa. Kicau burung yang tidak menentu iramanya memberi sedikit hiburan. Saya
dan Andi Kamarool tidak menduga semudah itu Kak Sun mahu menceritakan
pengalaman- pengalaman aneh yang dikutip selama dia berkhidmat dengan keluarga
Mia.
Memang ternyata sekali, janda separuh umur yang manis,
mudah senyum itu menempuh pengalaman yang cukup berbeza dengan Samion dan
mandur batak.
"Arwah suami kak dulu memang bekerja dengan ayah Mia.
Jadi kerani menguruskan hal-hal jual beli kelapa, cengkih dengan orang luar
selalu berulang ke Sungai Penuh - Medan - Belawan - Teluk Bayur. Arwah mentua
lelaki kakak ada hubungan keluarga dengan ayah Mia. Mereka sama-sama
Mendailing".
Senang sekali rasa hati, bila Kak Sun mahu mengungkapkan
perkara tersebut. Kak Sun yang berhenti bercakap termenung sejenak, hujung
jarinya kelingkingnya menyentuh hujung bunga orkid yang terkeluar dari bakul
atas meja buluh.
"Masa tu Kak Sun dah bekerja di sini?" Saya cuba
menghidupkan percakapan yang terhenti.
"Tak bekerja, kak duduk di rumah. Bila suami kak mati
baru kak minta kerja di sini".
Saya dan Andi Kamarool anggukkan kepala, kicau burung mula
berkurangan dan tiupan bayu juga beransur lemah. Tetapi, sinar matahari terus
memancar keras, panasnya tidak terasa menyentuh tubuh kami yang bernaung di
bawah rimbunan pokok besar.
"Masa kak kerja di sini, kak sempat jumpa dengan ayah
Mia. Orangnya baik, jarang bercakap, kecuali hal-hal yang mustahak,"
sambung Kak Sun.
"Sempat jumpa ayah Mia?"
Celah Andi Kamarool.
Kak Sun angguk kepala, sinar matanya membayangkan
kebanggaan. Saya menggigit bibir dengan harapan kisah yang dituturkan Kak Sun
tidak akan mati di situ saja.
"Sebenarnya, kak banyak bekerja dengan abang Mia. Ayah
Mia jarang ada di rumah, terutama selepas bininya mati. Dia banyak keluar
merantau ke Tanah Melayu, Jawa, Borneo dan ke Filipina," tambah Kak Sun
dengan sinar mata yang agak redup.
"Abang
Mia yang baik hati dan bertimbang rasa itu memberitahu kak, bilik mana yang
boleh dimasuki dan bilik mana yang jadi bilik larangan, dulu kalau ada tetamu
yang tidur di bahagian anjung rumah akan mengalami hal ganjil. Bila terjaga
pagi, mereka mendapati diri mereka berada di tengah padang (halaman rumah) anak
saudara kakak cuba tidur di situ, dia dicampakkan ke dalam parit besar".
CERITA yang dituturkan oleh Kak Sun membuat saya rasa cemas
dan kecut perut. Saya Iihat kedua-dua belah kening Andi Kamarool nampak
bergerak-gerak. Agaknya, dia juga merasa takut dan cemas, Hati saya mula
berbelah bagi sama ada mahu meneruskan rancangan yang disusun atau
membatalkannya saja. Andi Kamarool tentang biji mata Kak Sun.
"Ganjil," terpancut kata
dari kelopak bibir Kak Sun.
"Macam ada penunggu pula Kak Sun," nada suara
Andi Kamarool lemah sekali.
Mata saya liar merenung ke kiri dan ke kanan bangsal. Entah
mengapa dengan tiba-liba saya terasa takut semacam, perasaan seperti bercelaru
saja waktu tengah hari begini. Bagi menghilangkan rasa cemas ilu, saya terus
senyum kepada Kak Sun dan Andi Kamarool.
"Kenapa kamu macam takut saja?" Kak Sun dapat
mengesan apa yang sayaalami.
"Tak ada apa-apa, saya rasa
sejuk waktu panas begini".
Kata-kata saya disambut dengan ketawa sinis. Saya semakin
jadi serba salah. Senang rasa hati, bila mereka berhenti ketawa dan melahirkan
senyum simpati untuk saya.
"Agaknya, kamu takutkan
penjaga rumah?" Usik Andi Kamarool.
"Penjaganya kadang-kadang nampak, kadang tidak,
berbadan besar. tinggi hitam macam orang dari Benua Afrika," secara
sepontan Kak Sun bersuara, saya pun membeliakkan biji mata, lalu merenung ke
kiri dan ke kanan bangsal.
"Kak pernah tengok?" soal
Kamarool.
"Pernah".
"Apa kak tak cemas?"
"Kak tak apa-apa, tak takut
juga tak rasa terganggu
"Hai..."jerit Andi
Kamrool.
Kak Sun tidak memperlihatkan apa-apa reaksi dari jeritan
kecil Andi Kamarool itu. Dia nampak bersahaja, sesekali sepasang mata hitamnya
ditumpukan ke puncak bukit.
"Masa
mula bekerja dulu, kak disuruh oleh abang si Mia duduk di sebelah bilik rahsia.
Lebih kurang seminggu menginap di situ, pada suatu petang
menjelang senja, tiba-tiba muncul orang hitam di pintu bilik dengan wajah yang
masam," Kak Sun tidak meneruskan cerita, dia kedutkan kening macam
mengingati sesuatu.
"Apa yang kak buat?"
Tanya saya.
"Kak kata begini: Anak tuan rumah suruh duduk di sini.
Maafkan aku kerana lambat memberitahu kamu. Selesai saja kak cakap macam tu
orang hitam itu tersenyum dan terus hilang'
Makin lama, makin seram rasanya cerita-cerita yang
diungkapkan oleh Kak Sun tetapi, menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment