Kerana Andi Kamarool lambat menyambung percakapan yang terputus,
keresahan datang dalam diri saya. Rupa-rupanya keresahan yang sama juga dialami
oleh Mia. Buktinya, dia tidak dapat duduk dengan aman. Sering saja mengaru-garu
pangkal leher dan meraba hujung bajunya.
“Andi,” saya
bersuara.
Dengan segera Andi
Kamarool mengangkat tangan kanannya, memberi isyarat supaya diam. Jangan campur
dalam urusannya. Lebih tetap dia menyuruh saya membantu. Mia hanya
memperhatikan saja gerak-geri Andi Kamarool.
“Kami berdua ada
rancangan nak berjalan-jalan di kawasan kampong, dihujung lading Mia. Kam nak
berkenalan dengan penduduk setempat.” Andi Kamarool berhenti bercakap. Dia
senyum pada saya dan Mia.
“Kali ini, biar aku
dan Tamar makan diluar,” sambung Andi Kamarool . Saya anggokkan kepala, setujua
dengan apa yang dituturkan oleh Andi Kamarool itu.
Mia tidak memperlihatkan
reaksi yang negative. Dia nampak bersahaja menerima kata-kata Andi Kamarool.
Cuma hati saya saja yang cemas. Bimbang , kalau dia melenting dan menghalang.
“Eloklah tu, tapi
hati-hati. Kalau kamu dengar komen orang kampung tentang aku dan rumah batu, jangan
cakap apa-apa. Kamu berdua dengar saja,” Mia meluahkan ingatan.
Kami segera
mengangguk.
“Tapi jangan lupa
makan malam dirumah aku,” Mia kemukakan permintaan dalam senyum penuh
kemesraan. Ngin yang berlegar diruang tamu menggerakkan anak rambutnya yang
terjuntai dicuping telinga kiri.
“Begini Mia,” Andi
Kamarool membetulkan duduknya, biar selesa dan seronok, begitu jugak saya.
“Apa lagi Andi?” Mia
bertanya.
“Terlanjur dah keluar
dari lading kamu, kami nak beli barang untuk makan malam,” dalam nada suara
keyakinan saya meluahkan kata-kata.
Sesungguhnya, saya
sendiri tidak menduga boleh berbuat begitu. Semuanya tidak dirancang, keluar
dari mulut secara spontan.
“Maksud kamu, mahu
masak sendiri,” Mia menghalakan sepasang biji matanya ke wajah saya.
“Nampaknya begitulah
Mia. Kami juga nak bersembahyang berjemaah Maghrib dan Isyaak dengan orang
kampong,” Andi yang menyelamatkan keadaan.
Rasa terkejut
terbayang dimuka Mia. Dia merenung kosong kea rah ruang dapur. Macam ada
sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya. Dia senyum sinis.
“Agaknya nak tukar
selera, nak makan masakan sendiri. Maklumlah dah kerap sangat makan masakan
aku, terasa juga jemunya,” Mia bagaikan menyindir. Saya dan Andi hanya mampu
tersenyum, tidak mahu memberikan sebarang komentar.
“Aku, harap rancangan
kamu dapat berjalan dengan lancer,” tambah Mia, dia segera berpusing menuju ke
ambang pintu.
“Aku balik dulu,
hati-hati masa berjalan dalam kawasan kampong orang,” Mia mengingatkan lagi.
Dia pun melangkah menuruni anak tangga. Kami juga turut berbuat demikian,
tetapi setakat kaki tangga sahaja. Mia pun melangkah pulang, berlenggang penuh
sopan.
RANCANGAN
Kira kita jam sepuluh
pagi, kami tinggalkan rumah papan menuju ke arah selatan lading milik Mia.
Setelah melepasi pintu pagar yang tidak berkunci, kamu memasuki kawasan tanah
paya yang menjadi sempadan antara tanah kampong dengan kawasan lading
peninggalan arwah orang tua Mia.
Lebih kurang setengah
jam perjalanan, akhirnya kami sampai kekawasan pinggir kampong. Dari situ, kami
melalui jalan tanah merah yang agak sunyi.
Kiri kanan jalan
penuh dengan pokok-pokok getah. Bila sampai kekawasan perumahan, suasana terasa
agak sibuk, kelihatan ada para penduduk menebas kawasan rumah yang
kebanyakannya ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan seperti betik, rambutan,
ciku dan sebagainya.
Semua orang yang
ditemui, sama ada yang berjalan kaki atau naik basikal semuanya ringan mulut.
Mudah memberi salam dan menegur sapa.
“Mahu ke mana ?”
Tegur seorang lelaki
yang berusia sekitar enam puluhan, dibahunya ada seberkas kayu. Parang terselit
di pinggang. Dia seperti baru balik dari kebun buah-buahan.
“Kami nak cari rumah
Haji Simpul.” Saya menjawap.
Orang tua itu
menurunkan berkas kayu dari bahu, disandarkan pada pangkal pokok ketapang.
Dengan secebis kain (yang sukar diteka warnanya kerana sudah lusuh) dia menyapu
peluh di dahi. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Lebai Saad. Kami pun beritahu
nama kami kepadanya.
“Kamu berdua orang
luar?”
Serentak kami
anggukkan kepala.
“Begitulah selalunya,
orang luar datang kesini suka sangat mencari Haji Simpul. Nama dan kebolehannya
tersebar di mana-mana. Pada kami dia cuma orang tua biasa saja,” katanya sambil
mengajak kami duduk atas tunggul kayu.
“Apa hal nak jumpa
dia?”
“Tak ada apa-apa,
saja nak jumpa,” kata Andi Kamarool.
“Ikut jalan ni keutara,
kamujumpa dua deret kedai papan, kamu jalan lagi hingga kamu jumpa sebuah rumah
di hujung kampong, berdinding tepas, beratap rumbia. Itulah rumah Haji Simpul,”
dengan nada suara yang bersahaja Lebai Saad memberi petunjik.
“Terima kasih, Pak
Lebai,” kata saya.
“Sama-sama kasih,
selamat jalan.”
Kami segera
bersalaman dan meneruskan langkah.
Semasa sampai di
halaman rumah Haji salaim, kami dapati daun pintu rumahnya tertutup rapat.
Tetapi, tingkap terbuka luas, suara orang membaca Quran jelas kedengaran.
Berhampiran tangga terdapat sebuah basikal tua. Saya terus memberi salam.
Gembira sekali, bila salam yang diberi menerima jawapan.
TEGAP
Daun pintu terkuak,
seorang gadis sunti dalam lingkungan usia 12-13 tahun muncul dipintu, memakai
tuding.
“Haji ada dirumah?”
saya bertanya.
“Ada,” si gadis
menghilangkan diri. Tempatnya segera diganti oleh seorang lelaki tua, memakai
serban, janggutnya putih sampai kedada. Kelihatan tegap dan sasa.
“Sila masuk,”
kami masuk ke perut
rumah. Duduk bersila atas tikar mengkuang. Orang tua itu memanggil gadis sunti
suruh masak air.
“Ini piut saya,”
sambil memegang hujung serban, orang itu bersuara.
Macam tadi, kami
anggukkan kepala. Ekor mata saya mengawasi setiap sudut ruang. Semuanya
menyenangkan.
“Kamu berdua orang
luar?”
“Iya, Tuan Haji,”
jawap Andi Kamarool.
Saya sudah memutuskan
setiap pertanyaan yang diajukan oleh Haji Simpul akan dijawap oleh Andi
Kamarool. Saya mahu membisu.
“Dari lading arwah
orang tua Mia?”
“Iya, Tuan Haji.”
“Kenapa tak ikut
jalan raya? Ikut jalan raya lagi dekat. Tak sampai sepuluh minit dah sampai
kesini.”
Tiada jawapan yang
dihamburkan oleh Andi Kamarool. Dia merenung kearah saya, seolah-olah meminta
bantuan. Kerana saya sudah memutuskan mahu mendengar sahaja, jadi saya buat tak
kisah dengan renungan itu.
Andi Kamarool garu
cuping telinga tiga kali berturut-turut, sebagai isyarat saya menjawap
pertanyaan Haji Simpul. Saya gelengkan kepala, tidak bersedia untuk masuk
campur.
“Kerana tak ada orang
yang nak beritahu, jadi kamu berdua main redah saja,” haji Simpul mengakhiri
ungkapan dengan senyum sinis.
“Iya, “ cepat Andi
Kamarool menyahut.
“Kenapa kau orang tak
Tanya Harisun orang gaji Mia, dia tahu jalan pintas. Ikut jalan pintas, lagi
pintas lagi cepat.”
“Dia tak suka kami
jumpa Tuan Haji, “ tidak semena-mena saya ikut campur. Melanggar janji dan azam
sendiri. Haji Simpul tersenyum lagi. Tidak memberikan sebarang komentar.
“Silapnya kerana kami
tak bertanya,” Andi Kamarool seperti membela Kak Sun.
“Ohh…..,” sahut Haji
Simpul separuh keras. Matanya tertumpu kearah kami berdua.
TENTANG
Memang saya tidak
berdaya menentang biji mata Haji Simpul, sinar matanya saya rasakan menusuk
kalbu. Gerak anak mata hitamnya bagaikan membaca rahsia diri. Pepohon manggis
yang tumbuh di kiri kanan rumah membekalkan rasa sejuk, meskipun
mataharimemancar keras Bayangkan, berapa panasnya bahang matahari jam sebelas
pagi.
Si gadis sunti datang
meletakkan tiga cawan kopi hitam didepan kami. Saya mengambil kesempatan
melemparkan pandangan keluar menerusi jendela. Si gadis sunti meninggalkan
ruang tamu.
“Sila minum,” pelawa
Haji Simpul.
“Terima kasih,” kata
saya.
“Terima kasih,” kata
Andi Kamarool.
Serentak kami angkat
cawan dan serentak pula meneguk kopi hitam. Rasa pahitnya bagaikan lekat di
tekak. Sepat-cepat saya letakkan cawan. Tidak bersedia untuk menghirup kali
kedua.
“Kopi pahit, baik
untuk tubuh. Dapat mengelakan kencing manis. Tapi, kalau minum berlebihan boleh
menyebabkan sakit kepala. Kopi yang kamu minum, kopi asli,” mungking kata-kata
yangterpancut dari mulut Haji Simpul, akibat melihat wajah kami yang berkerut menelan
air kopi yang dibuat oleh piutnya.
“Minumlah lagi,”
desak Haji Simpul.
Kami berdua jadi
serba salah . Menolak tanda k urang sopan, diminum pahitnya bukan kepalang.
Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan, saling bertukar senyum pahit.
Diantara saya dan Andi Kamarool, siapakah yang terlebih dahulu menghirup kopi
untuk kali kedua.
“Minumlah, apa
segan-segan pula,” Haji Simpul terus mendesak
“Iya, kami minum,”
balas kami serentak.
Serentak dengan itu
juga, kami terus menelan kopi hitam yang pahit. Tetapi, kali ini kami berusaha
agar wajah tidak berkerut. Tidak rela kelemahan diri dikesan oleh Haji Simpul
bagi kali kedua.
“Bagus, mula-mula
saja rasa pahit, lepas tu terasa sedap. Kiat mesti minum air yang ada khasiat,”
“Iya, Tuan Haji,
cakap Tuan Haji tu memang betul,” balas saya sambil menelan air liur untuk
menghilangkan rasa pahit ditekak, Andi Kamarool tersenyum pahit, buah halkumnya
nampak bergerak-gerak.
Haji Simpul terus
menghabiskan sisa air kopi dicawannya. Dengan perlahan-lahan dia meletakkan
cawan kopi dilantai. Jejari kanannya mengurut badan cawan beberapa kali. Dia
nampak macam resah saja.
“Kamu ada hubungan
keluarga dengan orang tua Mia?” Biji mata Haji Simpul tertumbuk kewajah Ani
Kamarool, “ tidak kira dari sebelah mana. Samada dari sebelah ibu atau ayah,”
sambung Haji Simpul. Dengan sedaya upaya dia berusaha agar biji matanya
bertembung dengan biji mata Andi Kamarool, kelopak matanya tidak berkedip.
Andi Kamarool cuba
mengelak. Dengan secara mendadak saja, Haji Simpul menjatuhkan telapak tangan
kiri keatas bahu kanan Andi Kamarool. Jari-jarinya memegang erat tulang bahu
Andi Kamarool.
“Kamu ada hubungan
keluarga?” soalnya lagi.
Andi Kamarool
gelengkan kepala.
“Betul, tak ada
hubungan keluarga? “ dia minta sebuah kepastian yang jitu. Bahu kanan Andi
Kamarool digoncangkan berkali- kali. Wajah Andi kamarool segera menjadi
kemerah-merahan. Dahinya mula ditumbuhi peluh-peluh halus.
“Ada hubungan
keluarga?” untuk sekian kali, pertanyaan yang hampir diulangi. Andi Kamarool
bagaikan terpukau, tidak boleh bersuara. Dia hanya menggelengkan kepala.
“Haiiiiiii…..,” Haji
Simpul bagaikan mengeluh. Dengan serta merta jari jemari yang menyentuh bahu
Andi Kamarool diangkat. Selepas itu, tidak ada tindak tanduk atau tutur kata
yang terhabur dari mulut Haji Simpul.
SEPI
Suasana terasa sepi.
Saya mengigit bibir, Andi Kamarool menggaru pangkal leher beberapa kali.
Semuanya yang kami lakukan adalah untuk menghilangkan keresahan.
“Sebenarnya si
Harisun banyak bercerita tentang kamu berdua pada aku. Dia mencurigai
keikhlasan dan kejujuran kamu,” nada suara Haji Simpul yang bersahaja
memecahkan kesepian.
Kami tersentak, tidak
menduga begitu tanggapan Kak Sun kepada kami. Haji Simpul menarik dan
melepaskan nafas dengan tenang. Dalam suasana yang agak tegang itu, terdengar
kicau dan kokok ayam dalam cuaca panas yang kian menyengat.
“Tuan, haji….” Andi
Kamarool tidak meneruskan percakapan.
“Katakan, apa yang
mahu kamu katakan. Aku bersedia mendengar, “ Haji Simpul memicit-micit pangkal
lengan kanannya.
“Begini tuan haji…”
Andi Kamarool menyambung. “ Siapa pun berhak merasa curiga. Bila ada orang luar
yang tak dikenali datang tempat kita.”
Haji Simpul tersenyum
sambil anggukkan kepala tanpa berkata apa-apa.
“Apa hubungan Tuan
Haji dengan Kak Sun?” saya bertanya.
Haji Simpul
mengkedutkan kening. Macam ada sesuatu yang difikirkannya, sebelum meluahkan
jawapan.
“Dia jiran sekampung,
selalu dadtang ke rumah bila ada masaalah. Sekarang ini pun, dia dalam
pengawasan aku. Semangatnya cukup lemah, macam ada sesuatu yang ditakuti dan
dihormatinya. Dia sentiasa cemas.”
Apa yang dituturkan
oleh Haji Simpul membuat saya dan Andi kamarool membeliakkan biji mata. Berita
baru yang sungguh mengejutkan. Hampir sama dengan apa yang kami lihat terjadi
pada diri Kak Sun.
Bahu Andi Kamarool
segera saya singgung. Dia menjerit dengan apa yang saya lakukan. Andi Kamarul
mencuit kepala lutut saya dengan ibu jari yangbermaksud supaya bertenang.
“Kenapa dengan dia
Tuan Haji?” susul Andi Kamarool.
Sebelum memberi
jawapan, Haji Simpul melemparkan pandangan keluar rumah sejenak. Kemudian dia
mengubah pandangan ke arah kami.
“Kalau aku tak
terangkan, kamu berdua sudah tahu. Apa yang dibuatnya kamu berdua sudah tahu.
Apa yang dibuatnya kamu berdua dah tengok.
“Bukan begitu,
Tamar,” Haji Simpul merenung muka saya.
“Iya, Tuan Haji,”
jawap saya.
“Susah aku nak
mengatasi masaalahnya,sulit,” perlahan benar nada suara Haji Simpul. Dia
kelihatan seperti berputus asa. Lutut kanannya segera di tegakkan. Telapak
tangan kirinya, pun terdampar atas tempurung lutut kiri. Haji Simpu; termenung
panjang.
“Kesian Kak Sun, tak
boleh dibiarkan dia berterusan begitu. Tuan Haji mesti tolongnya.” Secara
sepontan saya bersuara.
“Aku juga berfikir
macam tu,” Haji Simpul memberi reaksi yang positif. Tetapi, Andi kamarool terus
termenung panjang. Barangkali, kurang setuju dengan saranan yang saya berikan.
“Kita harus
bertindak,” saya membakar semangat Haji Simpul.
“Iya, sekarang kita
boleh mulakan Orang yang boleh membantu dan menolong Harisun ialah kamu …..”
jari telunjuk Haji Simpul menuding ke arah Andi Kamarool.
Lagi sekali saya
mengalami kejutan. Bijik mata Andi Kamarool bagaikan mahu tersembul. Mukanya
berubah, dia mengalami kejutan yang hebat dari saya.
DIRI
“SAYA tuan haji ….”
Mullut Andi Kamarool melopong.
“Iya, kamu orangnya,”
anggk Haji Simpul.
“Apa yang saya tahu,
Tuan Haji”
“Ahhhhh…..,” Haji
Simpul segera bangun.
Dia melangkah
ketingkap dan berdiri di situ, merenung dedaun pokok yang dipanggang matahari.
Saya hanya menelan air liur sambil mata merenung sisa air kopi yang berada di
dasar cawan.
Mungkin kerana tidak
selesa berdiri di tepi tingkap menyebabkan Haji Simpul kembali duduk bersila
didepan kami. Dia menghilangkan air kopi, melihat dari gerak-gerinya,ternyata
Haji Simpul cuba mencari ketenangan dan keselesaan dalam dirinya. Saya dengan
Andi Kamarool tetap macam tadi, sekejap duduk bersila, sekejap melunjurkan
sepasang kaki untuk menghilangkan rasa lenguh.
“Banyak perkara yang
ada pada kamu Andi untuk menolong Mia dan Harisun. Barangkali kamu tak tahu
semuanya itu atau kamu sengaja buat tak tahu,” dengan hati-hati Haji Simpul
mengungkap kata- kata, renungannya cukup lembut ke arah Andi Kamarool. Saya
lihat Andi Kamarool makin bertambah bingung.
“Tuan Haji
mempermain-mainkan saya?”
“Tidak, aku bercakap
perkara yang benar”
“Saya tak tahu, kalau
begini saya boleh jadi gila.”
“Bertenang Andi,
jangan mengelabah. Dengar cakap aku dulu,” haji Simpul terus menepuk-nepuk bahu
Andi Kamarool dengan lembut. Penuh kemesraan. Saya lihat Andi Kamarool menarik
dan melepaskan nafas perlahan-lahan sambil merenung lantai. Dia sedang berusaha
menenangkan perasaannya.
“ Aku tahu apaya kamu
berdua rasa dan lihat di kawasan rumah Mia. Macam-macam benda pelik terjadi.
Betul tak cakap aku ini, Tamar.”
“Betul tuan haji.”
“ Satu lagi, aku nak
bagi tahu kamu berdua, kebanyakan benda pelik yang terjadi itu, memang Mia
tidak tahu. Tapi, Harisun tahu. Aku pernah pesan pada Harisun, suruh kau berdua
datang jumpa aku. Itulah sebabnya aku tidak terkejut, bila kamu berdua datang
jumpa aku,” penjelasan dari Haji Simpul membuat saya termenung panjang.
No comments:
Post a Comment