Bila datuk merasakan tidak ada hal-hal yang perlu dilakukannya, dia pun mengajak kami pulang.
"Kalau sesiapa
di antara kamu masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan pokok yang tumbuh dalam
kolam, hati-hatilah menggunakan air dari kolam tersebut”, sambil mengeliat datuk
berkata begitu kepada saya.
"Kenapa
tuk?"
"Orang tua-tua
dulu yang kaya dengan ilmu dunianya, membuang saka ilmu dunia dengan tiga cara,
terutama kalau ilmu yang dituntutnya bercanggah dengan ajaran Islam atau ilmu
yang dituntutnya akan menjadi ilmu keturunan”, datuk memicit-micit bahu kirinya
dengan tapak tangan.
"Ke mana ilmu
salah tu dibuang tuk?", soal saya lagi.
Datuk terdiam
seketika macam mengingati sesuatu. Dia terus melangkah mencari arah jalan
pulang yang harus dilalui. Datuk memilih jalan pulang ikut sebelah kanan bukit,
datuk tidak mahu mengikut jalan awal yang telah digunakan tadi. Apa tujuan
datuk berbuat demikian, saya tidak dapat meramalkan. Mungkin ada muslihat
tertentu fikir saya.
Saya dongak ke
langit, matahari sudah berubah kedudukannya. Tiupan angin juga tidak serancak
tadi. Mengikut kedudukan matahari, saya kira waktu zohor sudah hampir dan saya
dapat menduga bahawa datuk mahu mencari jalan dekat supaya cepat sampai ke
rumah. Dia mahu berada di rumah sebelum waktu zohor berakhir.
"Tempat yang
dipilih ialah Kuala Sungai yang bertemu dengan laut, dan ketiga seperti yang
aku lakukan tadi”, secara mendadak datuk menjawab pertanyaan saya yang terputus
tadi.
Jawapan yang saya
nantikan tu datuk berikan ketika saya bergayut pada sebatang pokok untuk turun
dari puncak bukit. Saya tersenyum sendirian, dengan sikap datuk. Kenapa untuk
menjawab pertanyaan yang mudah itu mesti memakan masa yang agak lama. Saya rasa
menuruni bukit lebih sukar dari mendakinya. Sebabnya, ketika menuruni bukit
kita harus pandai mengimbangi badan, kalau kurang pandai boleh membuat kita
terlajak ke depan yang boleh menyebabkan kita terlanggar batu atau pokok.
Anehnya kesukaran yang saya hadapi itu, tidak menjadi masalah buat datuk. Dia
boleh berjalan dengan cepatnya.
Akhirnya, kami sampai ke kaki bukit. Perjalanan seterusnya tidaklah berapa sukar. Tetapi, sendi kedua belah kaki saya mula berasa sengal dan sakit-sakit.
Akhirnya, kami sampai ke kaki bukit. Perjalanan seterusnya tidaklah berapa sukar. Tetapi, sendi kedua belah kaki saya mula berasa sengal dan sakit-sakit.
"Hati-hati minum
air kolam yang ada pokok tumbuh di dalamnya, mana tahu kalau pokok itu
dijadikan penekan ibu ilmu salah, kalau orang yang membuang ilmu bisa itu tidak
menawarnya akan membawa padah pada orang yang meminumnya”, datuk mengingatkan
saya dan Dumba, ketika itu kami sudah agak jauh meninggalkan bukit yang telah
kami daki tadi.
Suara kenderaan mula
terdengar sayup-sayup menendang gegendang telinga. Langkah saya terus rancak,
kalau diturutkan hati mahu saja saya berlari supaya segera sampai ke tepi
jalanraya. Rupanya langkah saya yang rancak dan bersemangat itu tidak boleh
dilanjutkan lagi. Ada sesuatu yang menghalangnya. Datuk menyuruh saya dan Dumba
berlindung di balik pokok besar. Tindakan datuk itu amat mengejutkan. Wajahnya
kelihatan cemas sedikit. Dari balik pokok besar saya dan Dumba melihat dengan
teliti tingkah laku datuk yang berdiri di kawasan yang agak lapang itu. Datuk
meletakkan tangan kanannya ke cuping telinga kiri, macam mendengar sesuatu.
Datuk melangkah dua tapak arah ke kanan. Berhenti di situ sambil merenung
dedaun pokok yang bergoyang di kiri kanannya kerana dirempuh angin.
"Silakan, kalau
masih sangsi”, suara datuk cukup lantang.
Saya tidak tahu
kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh datuk. Dumba renung muka saya dengan
penuh rasa ragu dan bimbang. Saya cuma tersenyum saja. Tetapi, mata saya tetap
tertumpu ke arah datuk. Saya Iihat, datuk menapak dua langkah ke kiri pula,
berhenti di situ dengan tenang. Macam menanti sesuatu. Siapakah yang datuk
tunggu dan nanti dalam hutan begini, kata hati saya.
"Silakan”, ulang
datuk lagi.
"Ya, aku datang
dan bertemu lagi dengan kau”, terdengar suara dari arah kanan datuk.
Saya terkejut, apa yang saya lihat ialah batang tubuh Mahyuddin, berdiri sambil memeluk tubuh. Mahyuddin memintas di depan datuk. Berdiri berdepan dengan datuk sambiI memeluk tubuh. Gerak-gerinya cukup pantas, macam orang muda yang berusia tiga puluhan. Sinar matanya cukup garang. Tidak terpamer segaris senyum pun di wajahnya. Keadaan yang saya lihat itu amat membimbangkan.
Saya terkejut, apa yang saya lihat ialah batang tubuh Mahyuddin, berdiri sambil memeluk tubuh. Mahyuddin memintas di depan datuk. Berdiri berdepan dengan datuk sambiI memeluk tubuh. Gerak-gerinya cukup pantas, macam orang muda yang berusia tiga puluhan. Sinar matanya cukup garang. Tidak terpamer segaris senyum pun di wajahnya. Keadaan yang saya lihat itu amat membimbangkan.
Pertemuan datuk
dengan Mahyuddin kali ini bukanlah pertemuan seorang sahabat dengan sahabat,
tetapi pertemuan dua orang musuh yang sudah lama menaruh dendam. Saya berdoa
pada Allah, semoga Allah yang Maha Besar akan membiarkan kesabaran pada datuk,
mudah-mudahan datuk tidak akan bertindak liar. Saya tidak mahu datuk menjadi
mangsa Mahyuddin. Rupanya, doa saya diperkenankan oleh Allah.
Datuk kelihatan cukup
tenang, meskipun Mahyuddin bersikap agak kasar dengan tujuan menaikkan rasa
marah dan geram di hati datuk. Semuanya tidak mendatangkan kesan, datuk tetap
berlembut dan sabar. Tindakan datuk itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang
yang pengecut dan penakut. Satu hal yang pasti, meskipun datuk mengalah dia
tetap berjaga-jaga. Setiap langkah Mahyuddin bagaikan sudah dibacanya terlebih
dahulu.
"Kau bersubahat,
kau melindungi Dumba manusia pembunuh”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang
keras. Badannya kelihatan mengeletar, matanya bertambah merah.
"Nanti dulu, biar aku terangkan keadaan sebenarnya."
"Nanti dulu, biar aku terangkan keadaan sebenarnya."
"Sudah, kau
menyimpan ibu santau itu di sini."
"Tidak
Mahyuddin, kau silap."
"Sudah, jangan
berdusta. Manusia pura-pura, kau munafik."
"Mahyuddin
dengar dulu."
"Sudah”
Mata Mahyuddin mula menentang biji mala datuk untuk beberapa saat dengan harapan untuk menewaskan datuk. Usaha itu gagal, datuk masih macam keadaan biasa, masih mampu melahirkan senyum untuk Mahyuddin.
Mata Mahyuddin mula menentang biji mala datuk untuk beberapa saat dengan harapan untuk menewaskan datuk. Usaha itu gagal, datuk masih macam keadaan biasa, masih mampu melahirkan senyum untuk Mahyuddin.
"Biarkan aku
selesaikan Dumba di sini, jangan kau lindungi dia, kalau kau berkeras buruk
padahnya", Mahyuddin melahirkan cita-citanya yang sebenar tanpa selindung-selindung
lagi.
Datuk meraba dahi
luasnya berkali-kali. Memang datuk berada dalam saat-saat yang paling genting
sekali. Andainya datuk tersalah langkah atau tersilap cakap, dirinya akan
terjerat. Datuk terus duduk bersila atas tanah. Saya kira, tindakan datuk tidak
kena pada tempatnya. Dia seolah-olah menyerah nyawanya pada Mahyuddin, betapa
tidak dengan sekali terkam bersama parang di lengan, Ieher datuk akan pulus.
Anehnya, Mahyuddin
tidak menyerang datuk. Dia membiarkan datuk duduk dengan aman di atas tanah.
Mungkin Mahyuddin berpendapat bukanlah langkah atau prinsip seorang pcndekar
menyerang orang yang tidak melawan. Kemenangan yang diperolehi secara itu
bukanlah satu kemenangan yang terpuji tetapi, satu kemenangan yang keji. .
Datuk masih lagi
duduk bersila, perasaannya berperang sama sendiri, apakah wajar dia menyerahkan
Dumba pada Mahyuddin begitu saja? Memang, kalau dia mahu mencari jalan senang,
serahkan Dumba pada Mahyuddin habis perkara, mereka tidak bermusuh. Tetapi,
cara itu bukanlah satu cara yang baik. Apalah untungnya menyerahkan orang yang
sudah insaf atas perbuatannya yang lalu pada musuh ketatnya.
Membunuh manusia yang
seagama kerana dendam bukanlah ajaran agama Islam. Orang yang sudah insaf itu
harus diberikan kesempatan membetulkan dirinya. Siapa tahu, orang yang sudah
insaf atas perbuatannya akan menjadi manusia yang baik dan berguna pada bangsa
dan agama. Semua persoalan itu menghantui diri datuk. Dia harus memberi satu
keputusan yang tegas. Dia juga harus menanggung sebarang akibat dari keputusan
yang dibuatnya.
Tiba-tiba datuk melompat dan berdiri kembali. Kali ini tidak ada senyum yang terpancar di wajahnya. Datuk kelihatan begitu serius merenung wajah Mahyuddin.
Tiba-tiba datuk melompat dan berdiri kembali. Kali ini tidak ada senyum yang terpancar di wajahnya. Datuk kelihatan begitu serius merenung wajah Mahyuddin.
"Tidak, Dumba
dalam perlindungan aku, dia harus diberi kesempatan membetulkan dirinya”, kata
datuk sambil melipat lengan bajunya hingga ke paras siku. Mahyuddin kelihatan
tergamam dengan tindakan datuk itu.
"Tak apa”, balas
Mahyuddin, dia mula mengangkat kedua belah tangannya ke depan. Sepasang kakinya
mula bergerak memijak pokok-pokok kecil.
Mahyuddin kelihatan
menggigil dan wajahnya nampak merah. Mahyuddin sudah naik angin, kemarahannya
sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia membuka silat sambil mematah-matahkan
pokok-pokok yang tumbuh liar di kiri kanannya. Melihat rentak dan bunga silat
yang dihasilkan oleh Mahyuddin itu, datuk menduga Mahyuddin bukan orang
sebarangan, ilmu silat alau pendekar yang ada pada dirinya melambangkan yang
dirinya memiliki ilmu kelas tinggi di dalam salah satu aliran silat.
Datuk membiarkan
Mahyuddin membuka rentak dan langkah silat dengan tujuan membaca kepandaian
yang dimiliki oleh Mahyuddin.
"Aku tahu
sekarang, dia membawa aliran silat harimau yang disebut Cilek Babiat oleh
orang-orang Mendailing (Mandailing)”, bisik hati kecil datuk, datuk bersedia
unluk mengelakkan diri dari serangan Mahyuddin.
Datuk tahu benar,
silat jenis itu hanya terdapat di kalangan masyarakat Mendailing saja. Bukan
satu perkara yang mudah untuk sampai ke taraf pendekar dalam jurusan ilmu silat
Cilek Babiat, banyak rintangan dan dugaan yang harus dilalui. Datuk melangkah
ke kanan dengan kedua belah tangannya berkembang di bahagian paras dada. Kaki
kanannya bergerak ke depan dalam keadaan yang tidak lurus, begitu juga dengan
kaki kirinya yang bertugas sebagai tupang (penyokong) pada kaki kanannya.
Gerakan datuk begitu
hati-hati sekali. Dalam saat yang sama juga datuk cuba mengunci dan mematikan
langkah Mahyuddin secara batin. Usaha datuk itu gagal sama sekali. Datuk mula
merasakan semua usaha yang dilakukannya tidak menjadi. Datuk berada di dalam
keadaan yang agak sukar. Sebagai manusia yang tidak mengenal erti putus asa
datuk terus berusaha sambil berdoa, supaya segala usahanya, itu direstui Allah.
Datuk tidak mahu menyerahkan begitu saja pada Mahyuddin.
Datuk juga sedar,
orang-orang yang tinggi pengetahuannya, dalam ilmu silat Cilek Babiat (silat
harimau) dalam waktu tertentu akan bertukar menjadi seekor harimau yang ganas.
Datuk tahu, Mahyuddin boleh melakukan perkara demikian sekiranya dia terdesak.
"Sebelum
terjadi, aku mesti hati-hati, cara yang paling baik menimbulkan kemarahannya
supaya dia jadi harimau”, datuk membuat keputusan dengan langkah silatnya yang
teratur itu.
Sambil mempertahankan
diri, datuk terus mencari akal bagaimana mahu menimbulkan kemarahan yang
meluap-luap dalam diri Mahyuddin. Datuk terus mendongakkan kepalanya ke langit
melihat matahari yang kedudukannya sudah agak condong ke barat. Angin juga
bertiup dalam keadaan yang lemah. Kerana kedudukan matahari sudah condong membuat
pokok-pokok atau manusia yang kena panahan matahari mencipta bayang-bayang di
bumi.
Sumpahan atau pantang
pada orang-orang yang menuntut ilmu silat Cilek Babiat atau silat harimau bila
pihak musuh menindih bayangnya. Datuk tahu benar tentang pantang larang itu,
dia mahu mengambil kesempatan dari pantang-larang itu. Di bawah hembusan angin
hutan yang lemah itu, datuk melompat dan menerkam ke arah Mahyuddin hingga
bayang-bayang datuk dapat menindih bayang-bayang Mahyuddin. Dalam saat yang
agak kelam-kabut itu, datuk menyeru nama Dumba dan menyuruhnya keluar dari
tempat persembunyiannya. Dumba meluru keluar.
"Awak mencabar
saya”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang cukup keras.
Dia melompat, semua
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling ditendang hingga tercabut. Kali
ini Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia hanya berdiri sambiI membuka sepuluh
jari tangannya. Badan Mahyuddin mengeletar, sepuluh jari tangannya bergoyang.
"Dumba, kembali
ke tempat kamu”, kata datuk. Dumba segera bersembunyi. Mahyuddin membongkokkan
badannya, sambil bergerak dalam langkah silat yang teratur, sepasang matanya
yang tajam dan merah tetap merenung muka datuk.
"Eeee hemmmm ...
“, jerit Mahyuddin dan datuk saya lihat tersandar di perdu pokok besar,
seolah-olah bahagian dadanya ditendang oleh sesuatu. Datuk terus bertahan di
situ. Gerak kaki datuk terasa amat lemah. Mahyuddin dengan perlahan-lahan rapat
ke arah datuk sambil mengembangkan sepuluh jari tangannya.
Jejari itu
bergerak-gerak bagaikan mahu mengoyak kulit dada datuk yang tersandar di perdu
pokok besar itu. Datuk masih lagi bertenang. Mata datuk tetap mengawasi langkah
kaki Mahyuddin yang bergerak setapak dalam langkah silat harimau.
Tiba-tiba Mahyuddin
memberhentikan gerakan langkahnya. Dia merenung muka datuk dengan tepat sekali.
Datuk terus menentang mata Mahyuddin yang kelihatan berkaca-kaca bersama-sama
dengan urat mata yang merah. Datuk kelihatan seperti orang lemas. Mahyuddin
terus merendahkan badannya, kemudian bangun secara perlahan-lahan, ketika itu saya
mula nampak perubahan yang aneh terjadi pada diri Mahyuddin, terutama bentuk
wajah dan kepalanya bertukar seakan-akan wajah harimau.
Bulu yang halus
berwarna merah kekuning-kuningan tumbuh di wajahnya. Ramhutnya juga berwarna
demikian. Bulu yang berwarna merah kekuning-kuningan itu terus merayap ke
leher, ke lengan hingga ke seluruh badannya. Bentuk asal Mahyuddin sudah hilang
sama sekali. Dari hujung sepuluh jari tangannya muncul kuku tajam yang
meruncing, macam kuku harimau, kekuatan Mahyuddin juga kelihatan bertambah
seperti kekuatan seekor harimau jantan. Saya mengurut dada beberapa kali,
kasihan melihat datuk yang tidak boleh bergerak itu, sebenarnya datuk masih
boleh meninggalkan perdu pokok besar itu jika dia mahu berbuat demikian.
Anehnya, kenapa datuk
tidak mahu menyelamatkan dirinya yang berada dalam bahaya itu? Timbul
pertanyaan dalam diri saya. Dalam kepayahan itu, saya lihat datuk tidak
mengalihkan wajah dan matanya dari merenung wajah Mahyuddin yang bertubuh
harimau itu. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak, tentunya datuk membaca
sesuatu. Mahyuddin yang sudah menjadi harimau itu terus marah sambil cuba
mencakar wajah datuk.
Saya terkejut,
Mahyuddin berhenti merapati datuk. Dia terpaku di situ, sinar matanya yang
garang tiba-tiba menjadi layu. Walaupun Mahyuddin tidak melangkah, mata datuk
tetap merenung wajah Mahyuddin yang kelihatan mula bertukar kepada wajah
asalnya. Mahyuddin terpacak di situ dengan nafas yang tercungap-cungap.
Bila datuk merasakan
yang dirinya berada dalam keadaan selamat, barulah datuk bergerak dari pangkal
pokok besar itu. Datuk terus menghampiri Mahyuddin. Datuk hulurkan tangan
sambil berselawat sebanyak tiga kali. Huluran tangan datuk itu disambut oleh
Mahyuddin. Masa berjabat tangan itu datuk dan Mahyuddin mengucapkan dua kalimat
syahadah dengan jelas.
"Kita orang
Islam, tidak ada permusuhan dan dendam sesama orang Islam. Setiap orang Islam
adalah bersaudara, bila dua orang Islam bergaduh, tempatnya ialah neraka sama
ada yang membunuh atau terbunuh”, dengan mendadak Mahyuddin bersuara, tekanan suaranya
agak Iemah kepenatan.
Saya lihat Mahyuddin
seperti mengalami sesuatu, dia kelihatan susah bernafas macam orang keIemasan.
Mahyuddin terus duduk atas tanah.
"Bertenang
Mahyuddin, hilangkan perasaan marah kamu yang masih ada sisanya dalam hati”,
kata datuk.
"Ya, aku sedang
berusaha kearah itu. Aku sedang berikhtiar untuk mengembalikan seluruh semangat
aku seperti sediakala."
"Baguslah, aku
tahu orang-orang yang menuntut ilmu silat harimau ke peringkat tinggi akan menjadi
manusia harimau bila dilanda marah yang amat sangat atau dirinya terancam.
"Aku kira
kesalahan aku boleh kau maafkan”, nada suara datuk cukup lembut, macam jejaka
kacak memujuk dara pujaan hati yang tersinggung.
"Aku maafkan”,
jawab Mahyuddin pendek. Datuk memanggil saya dan Dumba. Kami pun keluar dari
tempat persembunyian. Datuk suruh Dumba duduk sebelah Mahyuddin. Pada mulanya
Dumba agak keberatan mematuhi cakap datuk itu. Dumba masih ragu-ragu dengan
kejujuran dan keikhlasan hati Mahyuddin. Setelah datuk paksa, barulah Dumba
duduk dekat Mahyuddin. Rasa bimbang segera lari dari hati Dumba bila Mahyuddin
menghulurkan tangan padanya sambil membaca selawat. Saya terus merenung
Mahyuddin dengan rasa kagum atas kebolehan yang ada pada dirinya. Tidak hairanlah,
dia baleh menewaskan tentera Jepun dengan mudah.
"Maafkan saya
Mahyuddin, saya nak bertanya sedikit”, datuk renung muka Mahyuddin.
"Sila sahabat."
"Sila sahabat."
"Awak bukan
orang Bangkahulu sejati?"
"Mana sahabat
tau?"
"Biasanya ilmu
silat Cilek Babiat diamalkan orang-orang dari daerah Mahyuddin, Sumatera.
"Tepat sekali, saya dilahir dan dibesarkan di Kampung Hutabargot, kemudian merantau ke Bangkahulu. Di tempat asal saya memelihara dan menunggang harimau bukanlah satu hal yang aneh, sudah jadi perkara biasa”, Mahyuddin menerangkan pada datuk dengan wajah yang berseri-seri.
"Tepat sekali, saya dilahir dan dibesarkan di Kampung Hutabargot, kemudian merantau ke Bangkahulu. Di tempat asal saya memelihara dan menunggang harimau bukanlah satu hal yang aneh, sudah jadi perkara biasa”, Mahyuddin menerangkan pada datuk dengan wajah yang berseri-seri.
Saya dan Dumba
berpandangan. Datuk mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Beberapa helai
rambut tua lekat di jari datuk. Rambut itu berterbangan menuju ke arah selatan.
Sinar matahari kian meredup, dan rasa panas di tubuh mula berkurangan.
"Orang-orang
Mendailing di tempat asal saya menyebut harimau sebagai Na Betengi yang
bermaksud yang kuat perkasa”, tokok Mahyuddin lagi. Datuk anggukkan kepala.
Saya bangun dan
mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh. Saya duduk kembali.
"Walaupun harimau dimuliakan, tetapi martabat harimau jauh Iebih rendah, dibandingkan dengan martabat mannsia. Harimau tidak kuat menentang muka manusia, kerana itu harimau menyerang manusia dari belakang”
"Walaupun harimau dimuliakan, tetapi martabat harimau jauh Iebih rendah, dibandingkan dengan martabat mannsia. Harimau tidak kuat menentang muka manusia, kerana itu harimau menyerang manusia dari belakang”
Saya lihat air muka
Mahyuddin berubah, dia terkejut mendengar cakap datuk tadi. Kemudian dia
tersenyum tenang.
"Sahabat tahu
kunci dan kelemahan ilmu silat saya, sebab itu sahabat menentang muka saya
ketika berlawan, saya yakin sahabat mempunyai pengetahuan yang luas tentang
asal-usul harimau. Sahabat orang Mendailing?", begitu ghairah Mahyuddin
bersuara, dia terus berubah tempat, duduk bertentang muka dengan datuk.
"Saya berasal
dari Jambi. Barangkali datuk nenek saya berasal dari tempat yang sama dengan
awak”, pendek datuk menjawab.
"Tahu asal-usul
harimau?"
"Tahu."
"Apa dia?"
"Apa dia?"
"Harimau makhluk
Allah sama seperti manusia. Tetapi manusia itu dijadikan oleh Allah sebaik-baik
kejadian, ini kelebihan manusia”, datuk menyapu peluh yang tumbuh di dahi
dengan telapak tangan kanannya. Mahyuddin terdiam. Kemudian tanpa diminta oleh
sesiapa, datuk terus memperkatakan tentang martabat manusia, dari segi
martabatnya manusia terletak di tengah-tengah antara martabat binatang dan
martabat malaikat. Dari segi keperluan makanan dan keturunan, manusia adalah
dianggap sebagai tumbuhan.
Dari segi bergerak
dan merasa mengikut pilihan, manusia dianggap sebagai binatang. Dari segi rupa
dan bentuk, manusia seperti gambar yang terukir. Tetapi, keistimewaan manusia
ialah mengetahui tentang hakikat benda-benda. Manusia yang menggunakan seluruh
anggota dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan beramal, adalah
serupa dengan malaikat.
Semua pendapat yang
datuk bentang itu berdasarkan pembacaan dari kitab-kitab agama terutama karya Imam AI-Ghazali. Tidak ada di antara kami yang
ingin bertanya berhubung dengan perkara yang dihuraikan oleh datuk itu. Masing-masing
terpegun, macam kena pukau.
“Tahukah kamu,
Saiyidatuna Aisyah telah meriwayatkan Sabda Rasullullah yang bermaksud lebih
kurang begini: Manusia itu kedua matanya sebagai petunjuk, kedua telinganya
sebagai corong, lidahnya sebagai jurubahasa, kedua tangannya sebagai sayap,
kedua kakinya sebagai pembawa utusan dan hatinya sebagai raja. Jika raja itu
baik, maka baiklah tentera-tenteranya”, sambung datuk lagi sambil bangun.
Datuk merenung ke
arah Mahyuddin dan Dumba yang sedang meraba-raba dagu masing-masing. Datuk
mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh.
"Aku harap,
jangan ada di antara kamu yang bertanya perbezaan martabat binatang dengan
manusia”, tambah datuk.
Kemudian datuk
mencadangkan supaya kami pulang ke rumah. Cadangan datuk itu tidak mendapat
sebarang bangkangan. Kami pun mula menapak meninggalkan kawasan tersebut. Satu
perkara yang amat menyenangkan hati saya dalam perjalanan pulang atas sikap
ramah yang diperlihatkan oleh Mahyuddin. Dia terus bercerita tentang manusia
dan harimau.
"Di tempat saya, orang-orang yang memelihara harimau ataupun manusia harimau ataupun dikira sebagai manusia yang berilmu tinggi, biasanya tidak banyak cakap, selalu merendah diri”, kata Mahyuddin memulakan kisahnya dibawah sinar matahari yang tidak berapa garang.
"Di tempat saya, orang-orang yang memelihara harimau ataupun manusia harimau ataupun dikira sebagai manusia yang berilmu tinggi, biasanya tidak banyak cakap, selalu merendah diri”, kata Mahyuddin memulakan kisahnya dibawah sinar matahari yang tidak berapa garang.
Saya berusaha dengan
seboleh-bolehnya supaya berada dekatnya untuk mendengar cerita. Akibat terlalu
ghairah mahu mendengar cerita dari Mahyuddin saya terlanggarkan batang buruk
hingga terjatuh dua tiga kali. Datuk tersenyurn saja melihat telatah saya yang
agak lucu itu. Semua pokok-pokok kecil saya langgar tanpa menghitung atau
mengira yang diri saya akan sakit dibidas oleh pokok-pokok yang saya rempuh
itu.
Menurut Mahyuddin
untuk memelihara harimau atau menjadi manusia harimau seseorang itu mesti
bertapa selama berbulan-bulan di dalam hutan.
"Setelah bertapa
berbulan-bulan, berjaya mengatasi segala cubaan dan dugaan, seekor harimau akan
mendekati si pertapa dan menyerahkan diri. Harimau itu terus ditunggangnya
hingga sampai kekampung”, kata Mahyuddin sambil melompat parit kecil di depan.
Datuk tidak pula
menyoal mahu bertanya sesuatu ketika Mahyuddin bercerita. Datuk hanya mendengar
sambiI melangkah dengan tenang. Dumba pula begitu berminat mendengar cerita
Mahyuddin. Kalau boleh dia mahu Mahyuddin terus bercerita tanpa berhenti-henti.
"Susah tak
pelihara harimau?", saya menyoal cara mendadak.
"Memelihara
harimau berbeza dengan memelihara kambing atau kerbau, memelihara harimau
secara sembunyi-sembunyi. Harimau yang dipelihara hidup bebas dalam hutan. Bila
kita perlukan panggil saja, pasti dia tiba."
"Faedahnya yang
kita perolehi darinya?"
"Boleh dijadikan
kawan, boleh disuruh menangkap ikan, menjaga rumah dan naik atas belakang”,
Mahyuddin ketawa sambil menepuk-nepuk bahu saya.
"Perkara yang
jelas, setiap pemelihara harimau tidak mempunyai tujuan jahat. Lagi apa yang
mahu kau tanya pada aku, hai cucu seorang sahabat”, Mahyuddin berhenti
berjalan, dia merenung wajah saya sambil berkata: "Kau mahu jadi manusia
harimau?"
"Tak mahu."
Serentak dengan itu
saya terdengar suara datuk dan Dumba ketawa panjang. Bagi menghilangkan rasa
malu, saya buat-buat ketawa. Akhirnya kami sampai ke tepi jalanraya. Kami
berhenti di situ buat beberapa minit. Sebenarnya, saya masih belum puas hati
dengan apa yang saya tanyakan pada Mahyuddin. Masih ada lagi soalan-soalan yang
mahu saya hadapkan padanya.
"Cukuplah kita
berehat, mari kita melangkah”, datuk mengeluarkan perintah. Dan perintah itu
kami patuhi. SambiI berjalan saya terus bertanya dengan Mahyuddin secara
perlahan-Iahan. Apakah ilmu memelihara harimau atau silat harimau dapat
diwariskan pada orang lain?
"Ada yang boleh,
ada yang tidak”, bisik Mahyuddin.
"Macam mana
begitu?"
"Mengikut cara
ilmu itu diperolehi ketika menuntut. Kalau sudah berjanji mahu mewariskan pada
orang lain bolehlah diwariskan, kalau tidak maka tak boleh."
"Begitu."
"Jadi manusia harimau pula macam mana?"
"Begitu."
"Jadi manusia harimau pula macam mana?"
"Lagi susah,
kena menuntut."
Tiba-tiba datuk
menepuk bahu saya dari belakang. Dengan kasar dia memisahkan saya dengan
Mahyuddin. Rupa-rupanya datuk kurang senang dengan sikap saya itu.
"Tamar, apa yang
kau tanyakan itu tak berfaedah untuk diri kamu, kamu tidak mustahak mengetahui
semuanya itu”, suara datuk keras. Saya terdiam. Mahyuddin tersenyum merenung
arah datuk.
"Biar saya
terangkan sahabat. Cucu sahabat bertanya tentang manusia harimau. Untuk jadi
manusia harimau harus belajar silat harimau sampai ke peringkat paling tinggi.
Itu saja yang mahu saya jelaskan padanya”, kata Mahyuddin pada datuk.
"Jangan layan
sangat cucu saya tu. Dia tu kadang-kadang melalut tak tentu pasal."
"Tak apa, dia sekadar bertanya”, Mahyuddin segera menarik saya ke depan. Saya dan Mahyuddin berjalan bersaingan.
"Tak apa, dia sekadar bertanya”, Mahyuddin segera menarik saya ke depan. Saya dan Mahyuddin berjalan bersaingan.
Datuk berjalan di
belakang kami. Saya merasa bertuah kerana datuk tidak menolak permintaan
Mahyuddin.
"Di kampung asal
saya memang ada orang yang mewariskan harimau perliharaan umpamanya dari ayah
ke anak hingga ke cucu-cicitnya. Kerana itu di kawasan kebun penduduk di sana
selalu ditemui harimau yang sudah tua berkeliaran dengan keadaan kakinya yang
pincang. Itulah harimau yang di wariskan dari ayah ke anak atau cucu”, saya
amat puas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mahyuddin itu.
Lepas itu, saya tidak
lagi mengajukan apa-apa pertanyaan pada Mahyuddin, malah memisahkan diri
darinya. Saya lebih senang berjalan bersaingan dengan Dumba di belakang.
Biarlah datuk dengan Mahyuddin di hadapan.
Akhirnya, kami sampai
ke tempat asal. Dumba berpisah dengan kami. Dia menuju ke kedainya. Saya, datuk
dan Mahyuddin terus menuju ke masjid. Kami menunaikan sembahyang Asar, kemudian
baru mengqada sembahyang Zohor yang tertinggal.
"Mari kerumah
saya”, bisik Mahyuddin pada datuk setelah menunaikan kerja yang wajib. Datuk
terdiam, matanya merenung ke arah saya yang duduk bersandar di dinding masjid.
"Apa halnya? Dah
petang begini saya malas nak bergerak ke mana-mana, niat hati tu nak balik saja
ke kampung”, balas datuk.
"Ada hal yang
mahu saya bincangkan dengan awak?"
"Bincang apa?
Awak dengan Dumba sudah elok."
"Ada hal lain,
marilah."
Datuk termenung
panjang, macam memikirkan sesuatu. Perasaannya berbalah sama sendiri, sama ada
dia mahu menunaikan permintaan Mahyuddin atau tidak. Datuk terus melangkah
menuju ke pintu masjid dengan diikuti oleh Mahyuddin. Mereka berhenti di situ,
merenung ke halaman masjid yang lapang. Mereka tidak bercakap walau sepatah apa
pun.
Akhirnya, datuk dan
saya serta Mahyuddin berdiri di halaman masjid. Saya terasa lapang kerana angin
petang yang bertiup waktu itu memberikan rasa segar pada diri saya.
"Macam mana?
Boleh pergi ke rumah saya?"
"Boleh”, balas
datuk.
Saya lihat wajah
Mahyuddin cukup riang. Dia terus menepuk-nepuk bahu datuk beberapa kali.
Kemudian dia jadi kepala jalan membawa kami ke rumahnya.
Bila saya dan datuk
masuk ke rumahnya, saya dapati sudah ada hidangan ringan untuk makan petang
tersedia di ruang tengah. Siapakah yang menyediakan semuanya itu? Apakah
hidangan itu dihantar oleh harimau peliharaan Mahyuddin? Timbul pertanyaan
dalam hati saya. Saya terus duduk bersila menghadapi hidangan yang tersedia.
"Minumlah”,
pelawa Mahyuddin. Datuk anggukkan kepala tanpa menyentuh cawan yang diisi
dengan air teh panas. Bila datuk enggan meminum teh yang tersedia, Mahyuddin
terus bertindak dengan meminumnya terlebih dahulu dan Mahyuddin yakin dengan
perbuatannya itu akan menyakinkan hati datuk bahawa air teh yang tersedia tidak
mengandungi racun.
"Kita tahu air
teh ini bersih. Jangan ragu dengan kejujuran saya, tapi saya tidak berapa gemar
minum teh sebelah petang”, kata datuk.
Mahyuddin tersenyum
sambil menghulurkan cawan teh kepada saya, bagaikan orang mengantuk disorongkan
bantal, air teh itu terus saya hirup.
No comments:
Post a Comment